|
Cara Membida
Anda perlu mencapai umur 18 tahun ke atas untuk mendaftar dan berlayak
untuk membida / menawar dalam jualan lelongan. Melengkapkan borang
pendaftaran lekongan dan pulangkan kepada bersama-sama dengan Kasyier
Order atau Bank Draf yang nilainya bersamaan dengan 10% harga rizab
hartanah yang anda bercadang untuk membida, sebelum jualan lelongan.

TATACARA UMUM HARI LELONGAN
Pembida-pembida Pra-Pendaftaran
Sebagai pembida-pembida pra-pendaftaran, anda dikehendaki mendaftar di
kawasan pembida Pra-pendaftaran sebelum Lelongan bermula. Anda akan
menerima Nombor pembida dan Syarat-syarat Jualan. Jika anda merancang
untuk membeli lebih daripada satu hartanah, anda mesti menunjukkan Kasyier
Order atau Bank Draf yang berasingan untuk tiap-tiap hartanah yang anda
ingin membida.
Pendaftaran pada Hari Lelongan
Sesiapa yang mendaftar pada Hari Lelongan adalah dikehendaki melengkapkan
Borang Pendaftaran Lelongan dan mendepositkan kepada pelelong Kasyier
Order atau Bank Draf yang nilainya bersamaan dengan 10% harga rizab untuk
tiap-tiap hartanah yang mereka bercadang untuk membeli. Pembida yang
berminat harus merancang untuk tiba sekurang-kurangnya tiga puluh (30)
minit lebih awal sebelum jualan lelongan untuk menjalankan proses
pendaftaran.
Pengumuman Pelelong
Pengumuman yang dibuat oleh pelelong pada hari lelongan perlu diberi
keutamaan ke atas terma-terma dan syarat-syarat bertulis atau lisan yang
lain. Setiap penjual atau pelelong mempunyai kuasa dan hak untuk menarik
balik, mengubah, menambah, memadamkan atau menyusun semula inventori
lelongan atau apa-apa harta, atau mengubahsuai terma-terma dan
syarat-syarat jualan, menolak mana-mana tawaran atau semua tawaran, atau
menerima sesuatu penawar. Pelelong adalah orang tunggal yang boleh
menentukan satu-satu penawar sebagai penawar yang berjaya. Dalam keadaan
timbulnya sebarang pertikaian di antara pembida-pembida, pelelong
mampunyai kuasa dan hak untuk membuat keputusan muktamad sama ada untuk
menerima tawaran terakhir atau untuk menawarkan semula hartanah yang dalam
pertikaian itu dalam lelongan. Pelelong dan penjual mempunyai kuasa dan
hak untuk menarik balik apa-apa hartanah semasa atau sebelum jualan
lelongan dan Pelelong mempunyai hak untuk menjual semula hartanah
berkenaan jika perlu.
Prosedur Membida
Selepas sesi pengumuman dan soal jawab, pelelong akan meminta pembida
tawaran bagi hartanah berkenaan. Tawaran adalah biasanya dibuat sama ada
secara lisan, mengangkat tangan atau menunjukkan kad pembida. Menawar
dalam lelongan bererti anda telah mengakui penerimaan terma-terma dan
syarat-syarat jualan sama ada anda hadir dalam lelongan atau tidak.
Kenaikan tawaran adalah dibuat dalam satu jumlah amaun yang ditentukan
oleh pelelong, yang akan menentukan tawaran paling minimum pada setiap
lelongan. Terma dan Syarat-syarat Jualan dan arahan membida akan diumumkan
sebelum bermulanya sesuatu lelongan. Sebagai seorang penawar yang berjaya,
anda dikehendaki menandatangani satu Borang Pengesahan Pembida dengan
segera sebaik sahaja penerimaan bidaan tertinggi anda. Staf Lelongan akan
mengiringi anda ke kawasan menandatangani kontrak di mana anda akan
menyiapkan kontrak jualan.
Menandatangani Kontrak Jualan
Dalam kawasan menandatangani kontrak pada hari lelongan, anda akan
menandatangani kontrak jualan dan membuat satu cengkeram deposit 10%
daripada harga tawaran anda yang berjaya, kecuali dalam keadaan tiada
kekurangan dalam amaun Kasyier Order atau Bank Draf anda, untuk setiap
hartanah yang anda membeli. Kasyier Order atau Bank Draf anda akan
didepositkan sebagai sebahagian wang cengkeram deposit anda. Baki wang
cengkeram deposit boleh dibayar secara tunai atau cek peribadi. Kontrak
jualan akan menjadi suatu kontrak jualan yang mengikat.
Pembiayaan
Adalah menjadi tanggungjawab pembeli-pembeli untuk mendapatkan pembiayaan
yang berkaitan. Jika anda bercadang untuk membeli hartanah melalui
gadaijanji, kami mencadangkan anda supaya memohon pinjaman bank dengan
segera. Jika pihak bank memerlukan masa yang lebih panjang daripada masa
yang ditentukan untuk menyiapkan pinjaman, penjual dengan budi bicaranya
boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh penyelesaian untuk satu
jangka masa pendek jika anda dapat menunjukkan komitmen permohonan
pinjaman. Jika anda tidak dapat memperolehi pembiayaan dalam tempoh masa
yang ditentukan, anda akan dianggap sebagai ketidakpatuhan kepada kontrak
jualan lelongan.
Harga Rizab Diumumkan
Hartanah-hartanah ditawar dengan satu Harga Rizab yang diumumkan. Ini
bererti bahawa apabila tawaran bidaan telah mencapai atau melebihi amaun
Harga Rizab yang diumumkan, Penjual adalah berhasrat
untuk menjual hartanah kepada pembida yang menawarkan bidaan
tertinggi. Jika bidaan gagal untuk mencapai amaun Harga Rizah yang
diumumkan, Penjual berhak atau berkuasa untuk menerima, membalas atau
menolak bidaan tertinggi.
Harga Rizab Tidak Diumumkan
Sesetengah lelongan dikendalikan tanpa adanya satu Harga Rizab yang
diumumkan. “Harga Rizab Tidak Diumumkan" merupakan harga minimum sulit yang dipersetujui antara penjual dan pelelong. Jika bidaan gagal
untuk mencapai amaun Harga Rizab Tidak Diumumkan, hartanah itu dipulangkan
kepada penjual. Untuk melindungi kepentingan penjual, harga rizab adalah
disimpan rahsia oleh pelelong.
Membida melalui Surat
Jika
anda tidak dapat menghadiri atau tidak ingin untuk mendedahkan identiti
anda dalam Lelongan, anda boleh meminta untuk mendapatkan satu Borang
Membida melalui Surat dengan membuat panggilan ke Pejabat Infornasi
Lelongan. Borang Membida melalui Surat akan diakui penerimaan jika
dihantar bersama-sama dengan satu Borang Pendaftaran yang lengkap diisi
dan Kasyier Order atau Bank Draf yang bernilai 10 % daripada harga belian
hartanah yang anda ingin membeli dan dibayar kepada nama penjual. Jika
anda tidak berjaya dalam bidaan, deposit anda akan dikembalikan melalui
pengeposan dengan segera. Kelemahan? Anda menanggung risiko jika ada
pembida lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi untuk hartanah
berkenaan melainkan jika anda adalah hadir untuk membalas tawaran
pembida-pembida lain.

Kad Pembida
Satu alat pengenalan akan diberi kepada setiap penawar di meja pendaftaran.
Kad Pembida tercata nombor yang diberikan kepada setiap penawar apabila
anda mendaftarkan diri untuk suatu jualan lelongan. Apabila anda ingin
menawarkan untuk suatu bidaan, anda hanya perlu menaikkan kad pembida anda
sehingga pelelong mengakui tawaran anda. Jika anda berjaya, nombor kad
pembida anda akan direkodkan bersama dengan bidaan yang ditawarkan. Untuk
menyelesaikan pembelian, anda perlu menunjukkan kad pembida anda di
kaunter bayaran pembelian.

Harga Tukulan
Tawaran akhir yang dibuat sebelum tukul diketukkan dan jualan lelongan
diselesaikan. Harga tukul adalah harga belian muktamad.
Membida Melalui Telefon
Dalam kes-kes tertentu, pelelong akan menerima tawaran dari pembeli
berpotensi menerusi telefon. Penolong pelelong dalam bilik lelongan akan
memaklumkan maklumat bidaan. Bidaan telefon pada umumnya hanya merupakan
pilihan untuk hartanah yang bernilai tinggi.
Hak-hak
Semua pengumuman yang dibuat pada hari jualan lelongan akan mengambil
keutamaan berbanding dengan terma-terma bertulis atau lisan dan
syarat-syarat jualan. Jika terma-terma dan syarat-syarat jualan tidak
dipatuhi oleh penawar yang berjaya, Property Auction House Sdn. Bhd. /
Syarikat Patrick Wong boleh, dengan tambahan ke atas semua remedi yang
diperuntukkan oleh undang-undang, termasuk hak untuk memutuskan penawar
berjaya yang mungkir janji untuk bertanggungjawab ke atas harga belian,
sama ada
a) membatalkan jualan, menahan apa-apa bayaran oleh penawar berjaya
berkenaan sebagai pampasan kemungkirjanjian.
b) menjual semula hartanah tanpa harga rizab di lelongan awam atau secara
tertutup dengan notis tujuh hari kepada penawar yang berjaya berkenaan,
c) mengambil tindakan lain yang diangap perlu atau sesuai.
Jika Property Auction House Sdn. Bhd. / Syarikat Patrick Wong menjual
semula hartanah berkenaan, penawar berjaya yang mungkir janji perlu
bertanggungjawab ke atas bayaran penurunan harga dan kos dan belanja,
belanja untuk kedua-dua jualan, fi perundangan yang munasabah, komisen,
kerosakan kejadian dan semua caj-caj lain yang berkaitan.
Perundangan dalam pengendalian Lelongan
Hak-hak dan kewajipan pihak masing-masing selaras dengan Terma dan
Syarat-syarat Jualan dan pendendalian lelongan adalah dikawal dan
diperuntukkan di bawah undang-undang / dan atau peraturan pengendalian
lelongan dalam negeri-negeri di Malaysia. Dengan membuat tawaran dalam
suatu jualan lelongan, sama ada hadir sendiri atau diwakili oleh ejen,
membuat tawaran secara bertulis, telefon atau lain-lain cara, penawar akan
dianggap mrmpunyai pengetahuan berkenaan dengan perundangan / dan atau
peraturan pengendalian lelongan dalam negeri-negeri di Malaysia
berdasarkan di mana letaknya hartanah berkenaan.
Notis
Penting: Sila ambil perhatian bahawa prosedur-prosedur yang tercatat di
atas hanya untuk pengetahuan umum semata-matanya, pembida-pembida yang
berminat adalah dinasihati untuk mendapatkan nasihat daripada peguam cara
masing-masing atau pelelong di mana terdapat prosedur-prosedur khusus,
terma dan syarat-syarat yang digunapakai khas untuk lelongan persendirian,
lelongan oleh mahkamah juridikasi atau melalui pejabat-pejabat tanah.
|