Sila masukkan nama hartanah atau lokasi hartanah untuk membuat carian.
 
Tekan sini untuk muka depan laman web Mengenai property Auction House Sdn. Bhd. Perkhidmatan Kami Mengenai lelongan awam Hubungi Kami - Alamat Pejabat Kami

 [English Version]

Senarai Lelongan Rumah Pulau PinangSenarai Lelongan Rumah Ipoh, PerakSenarai Lelongan Rumah Rawang, SelangorSenarai Lelongan Rumah Kuala LumpurSenarai Lelongan Rumah JohorSenarai Lelongan Rumah SabahSenarai Lelongan Rumah Mahkamah TinggiSenarai Lelongan Rumah Pejabat Tanah

 

 

 

 
KWSP Pengeluaran Membeli Rumah (Akaun II)

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembelian sebuah rumah seperti berikut :

 
  • Pembelian secara perseorangan; atau
  • Pembelian secara bersama suami/isteri, ahli keluarga atau individu yang lain.

Pengeluaran ini juga membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, orang perseorangan atau lelongan awam.

 

Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya anda adalah:

  • Ahli warganegara Malaysia; atau
  • Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR)

Anda perlu mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.
 



Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang:

 
  • Pembelian Perseorangan
    Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah
    ATAU
    Semua simpanan dalam Akaun II
  • Pembelian bersama Suami/Isteri, Ahli Keluarga Atau Individu Yang Lain
    Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah
    ATAU
    Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas

Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

Sekiranya anda membeli rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak amaun harga rumah dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.

 

Kekerapan Pengeluaran
Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika ada pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membeli rumah pertama dan kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membeli rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukakan.

 


Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi:
 

  • Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8922 6000
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

 

Untuk Maklumat Yang Selanjutnya

http://www.kwsp.gov.my

 

 

 

 

 

 

Cepat!

Hubungi Kami Untuk Bantuan Mendapatkan Rumah Anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muka Utama | Mengenai Kami | Mengenai Lelongan | Perkhidmatan Kami | Pinjaman Bank | Hubungi Kami

Senarai Lelongan Akan Datang | Senarai Lelongan Berlepasan | Unit-Unit Berjaya Dijual

Cari Hartanah LelonganSenarai Hartanah: Pulau Pinang | Ipoh | Rawang | Kuala Lumpur | Johor | Sabah | Mahkamah Tinggi | Pejabat Tanah

 

 

Disclaimers: By accessing, using or browsing on this Site you agree that you have read, understood and agree to be bound by these [Terms of Use] and to comply with all applicable laws, rules and regulations.

 

Hakcipta © Property Auction House Sdn. Bhd. (187793-X)

Paparan terbaik dengan  IE 6.0 dan atas pada resolusi  1024x768.

 

Members of Malaysia Manufacturers Directory and Trade Portal http://e-directory.com.my Click to visit us.

-

This web site is designed and maintained by http://e-directory.com.my Malaysia Manufacturers Directory and Trade Portal.  

For any system errors please contact support@e-directory.com.my